|
Sesungguhnya seorang lelaki yang bermoral, benar-benar ikhlas terhadap teman wanitanya adalah seorang lelaki yang amat jelas budi perkertinya, tahu menjaga adab-sopan, tingkah laku malah tahu membezakan yang haram dan yang halal, malah imej, pendekatan dan cara hidup ada menunjukkan sikap seorang lelaki yang beragama, matang dan bermoral.
Jauh sekali mengamalkan sikap atau cara hidup yang menjurus kepada perbuatan yang tidak 'senonoh' atau melanggar etika hubungan yang bersih sebagai pasangan kekasih. Kerana lelaki yang baik dan mempunyai harga diri, lelaki ini tidak akan mengheret atau melibatkan kekasihnya dalam kancah maksiat atau perilaku yang meruntuhkan akhlak.
Memang tidak dinafikan, janji manis, harapan yang diberi atau susunan kata2nya amat meyakinkan dan seakan menunjukan itulah bukti cinta dan kasih sayang dari seorang lelaki, tetapi harus diingat, kalau dalam masa yang sama dia tidak menghormati teman wanitanya sebagai kekasih, wanita Islam atau gadis Melayu yang bermoral, maka jelaslah segala kebaikannya itu ada niat tertentu (baik ada makna). Memang tidak dinafikan, perasaan cinta yang bergolora, rindu yang mendalam itu akan membuatkan masing2 hanyut, tetapi tahukah anda, kalau lelaki yang beriman, bermoral dan benar2 mempunyai perasaan cinta yang suci, ia tidak akan melakukan hal2 yang tidak senonoh. Walaupun dianggap sekedar ringan-ringan. Itulah disebut, cinta penuh cabaran dan memerlukan pengorbanan, yang dimaksudkan cabaran adalah godaan hawa nafsu. Yang dimaksudkan cinta memerlukan pengorbanan, bermakna pasangan bercinta terpaksa berkorban perasaan; menanggung rindu dan perasaan cinta yang mendalam sebelum bergelar suami isteri. Bukannya mengorbankan maruah dan keimanan sebelum terikat dalam hubungan yang halal. |
| tycoon March 11, 2005 10:21 AM PST thanks, awak telah memberi jawapan kepada persoalan. | ||
| Leave a Comment: |