TRUE LOVE NEVER RUNS SMOOTH


This weblog created by me...Just for Fun...You must try to visit my weblog...Surely Enjoy & Fun Beb enjoyed...


Today's Love Quote






::SHOUT TO ME::






''Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do"






::YOUR HOROSCOPE::







Horoscope for Aquarius
22 Jun 2004
This is a fine day for interests of the heart and other fun times. You may cause a fuss if you come on too strongly in public. You can get your point across if you don't beat around the bush.

Kwiz.Biz Daily Horoscopes for your Blog



::TODAY'S QUOTE::





My Japanese name is Haniko Kashiwagi.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


TRUE LOVE NEVER RUNS SMOOTH



Please do not hasitate to send me an email if u have any comment about my materials...Thank You For Supporting Me






::MY GENGS::





ceqtie 
* rnysa 
* langsat  * azya 
* my website 
* ciklilin  * max  * mat jan 
* darkampo  * makandeh  * pakdi 
* cikgu midad  * zaza  * adk 
* sultanmuzaffar  * tipahvogue  * mosquitoz 
* tudungpurple  * maya  * iwan 
* joliekins  * viva  * tok rimau 
* toksik  * cikdaun  * rudy 
* fajar  * spyz  * Puteri Elaira Eliza 
* P-Nut  * amyz  * kak ros 
* syati  * jiGOMorrison 
* salji  * khalilur  * kuntum 
* lyna  * kak G  * riz 
* diyana  * gnela  * nonie 
* pijah  * madulebah  * zhoulsz 
* hanyasayang  * wkdin  * ellene 
* dinn  * mely  * cekedis 
* merry  * rick darkness  * nixk 
* sharul myroutine  * suriram 
* manmoncang  * seriadriani  * azell 
* mawar  * mushroomcute  * ct cute 
* walinungsari  * suraya  * ezwan 
* susan  * cipong  * emma 
* tahrizi  * pak long  * seriadriani haliku maliku 
* zino  * adreen  * melor 
* kak ngah 
* LUcinDa 







::SUPPORTERZ::



* novel 


* LengLoy 


* Melayusatu 


* BlogDrive 


* OnlineDegrees 


* Blogger 


* Blogskins 


* Bravenet 


* Image Hosting 


* Blajar Omputih 

* CoolQuotes 

* Picture Upload 






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Sunday, November 05, 2006
Ketika Sakaratul Maut Menghadapi RASULULLAH S.A.W

Utk Renungan Bersama.

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini.  Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.  Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan  sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap  sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik  turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala  itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan  cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian  tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan  membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan  salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang  demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah  ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur  Fatimah lembut.  Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata  Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.  Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"  "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat  Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.  "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan  dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak  membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Berpesan-pesanlah kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
   
Amin....

Posted at 11/5/2006 6:09:37 pm by chakerlatt
Comments (2)  

Monday, October 02, 2006
The Truth Of B.u.D.u

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat
daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia
ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat
Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan
baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan
antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu
menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif
seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser
dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati
budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit
(diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi.


Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan
oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak
yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea
kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana
ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu
turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa,
penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak
(vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin -
yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan
laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk
pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram
per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa
khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium
dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100
gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau
molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,
sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser,
penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan
seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.
Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas
tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur
antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping
2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4
trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat
menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu
dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan
pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala
faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan
lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E,
karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati
pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan
kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam
budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia
menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National
Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada
budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas
sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama
hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda
fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala
keperluan untuk tubuh badan.

Sumber: Wikipedia


Posted at 10/2/2006 1:54:58 am by chakerlatt
Make a comment  

Ibu u Light Up My LIfE

Sayangilah IBU kamu

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malamdi dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis

sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas

yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00

2) Tolong jaga adik RM4.00

3) Tolong buang sampah RM1.00

4) Tolong kemas bilik RM2.00

5) Tolong siram bunga RM3.00

6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis

sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkan mu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan

Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada

mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak

mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang

sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara

terdekatmu."

Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini kepada sahabat-
sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua orang!

Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik)kamu lakukan dan
murah rezeki.



Posted at 10/2/2006 1:51:50 am by chakerlatt
Make a comment  

Tuesday, April 18, 2006
up and down the life it is

lama dah tak update aku's blog...Tahu naper mungkin terlalu sibuk ngan keje kot,,so not enough time to go tru this anymore...kejer banyak skang ni..keje pulak bukan cam org2 ramai,,tapi skali pk cam kelawar.naper taknye keje malam..syif tak macam orang,skejap pagi,skejap petang dan seterusnye malam...sedang orang asyik tidur kat umah aku pulak buat taik mata kat opis...Nak wak camner nak cari duit untuk alas perut...nak tak nak kena gak...kan...Takpe la at least aku dah kejer dan dah dapat gaji tetap...berbaloi la apa yang aku belajar selama ni...bila difikirkan kawan-kawan satu badge ngan aku ada lagi yang tercari-cari kerja...Sykur kehadrat Illahi dengan limpah kernianya...ok ni jer la see u >>>>>ADIOS


Posted at 4/18/2006 9:59:59 pm by chakerlatt
Comments (1)  

Monday, February 21, 2005
Yesterday Once More!!!

Ni nak citer pasal semalam..tau tak ape happended to me yesterday...semalam around 6.30pm i went to GIANT hypermarket kat Batu Cave..while i shopping barang dapur then aku pun meronda kat bhg electrik...then tiba2 aku terpandang sorang minah tu...aku ingat kan mata aku yang silap coz rupanya sebijik macam aku punyer first ex aku ler...Tapi masa tu aku pikir gak takkan minah ni ada kat sini,buat ape pulak dia kat sini..coz setahu aku dia stay kat PD(pantai dalam)...masa tu gak jantung aku berdegup kencang, mana taknye ex girlfriend maa...mungkin aku ada hati lagi kot kat dia..(Argh itu citer lama tak mungkin aku jatuh hati lagi kat dia la)..tapi hati ini yang nak kepastian betul tak apa yang aku tengok pada masa tu..aku memberanikan diri la konon-konon nak jugak tengok kan...kerana dia yang pernah bertakhta di hati aku pada suatu masa dulu..So aku pun pergi la dekat ngan dia..tapi dia tak nampak aku sebab aku sembunyi sebalik barang-barang kat sana...sekali terpikir macam penjahat filem hindi pulak...Hati ku masih berdegup kencang tappi aku control macho la coz tak nak orang lain perasaan apa yang mamat ni cari ni..

Aku tengok dia tengah pilih seluar kat sana pastu terus belah.dia pun lalu sebelah aku.Haa apa lagi then bertembung la kitorang aku tengok kat dia tanpa mengalihkan pandangan ku ke arah lain...Masa tu aku tengok dia macam terkejut beruk tak tau nak cakap ape..aku pun beranikan diri tanya dia datang buat ape,datang ngan sape..then dia pun cakap la datang for shopping ngan TUNANG dia..memang aku dah tahu dia bertunang..Pada masa tu aku tengok kat dia,air mukanye berubah serta merta macam ada something yang dia cuba sembunyikan dari aku..tapi memang aku tahu dia slalu buat aku confused tentang our relationship dari dulu lagi..thats y aku buat tak kisah..."I knew her very well".Aku tanya dia lagi mana tunangnye kalau boleh nak jumpa la.sbb aku pun kenal gak tunang nye...Tapi dia macam tak nak bagi aku jumpa tunang dia.Dalam fikiran aku mungkin dia takut apa2 terjadi kot...but for me aku can accept lar coz kitorang tak de jodoh buat ape nak gaduh kan...just be prends lar...Pastu dia pun cakap kat aku nak pergi tanya tunang dia,NAK TAK JUMPA NGAN AKU..aku tunggu2 tapi tak jugak datang aku pun balik jer la..Takpe la tak kisah dia nak tipu aku ke ape ke...aaar satu lagi masa aku jumpa dia tu ntah la TUHAN MEMANG KAYA la tiba-tiba jer radio kat sana pasang lagu aku dan dia masa-masa hangat bercinta dulu...yang tu la lagi aku bagi kat dia so that bila dia dengar lagu tu didia akan ingat kat aku...Tau tak lagu ape...Lagu My All (Mariah Carey) dia pun cakap kat aku 'lagu kita la..tengok tuhan memang kaya la dia cakap kat aku...Tu aku terawan-awangan sekejap...tapi aku kembali ke realiti yang aku ngan dia dah broke off so tak boleh nak layan blues lagu...masa tu tunang dia tak da la sebab tunag dia kat tempat lain cari barang...

Malas la aku nak pk benda yang lepas yang melukakan ati aku...Tapi aku doakan agar dia gembira bersama pilihan nya walau pun dia cakap yang tu bukan atas kehendak diri nye...ape2 pun aku tak percaya ngan apa yang dia cakap...masa kat umah pulak aku received sms dari Dia,dia mintak maap kat aku lagi skali dengan apa yang terjadi...aku pun balas la sms dia saying that doesn't matter la itu semua ketentuan TUHAN..Tapi aku pesan kat dia jangan cuba curang lagi skali maksud aku curang tu jangan cuba nak mengorat orang lain pulak......Ok la tu jer la Aku harap dia bahagia ngan cara dia dan aku bahagia ngan cara aku..skarang aku pun dah ada pengganti walaupun bukan dia tapi aku tetap menyanyangi awexs aku yang lates nii.."LOVE U SO MUCH" .THE END citer aku yang semalam..


Posted at 2/21/2005 4:57:37 pm by chakerlatt
Comments (2)  

Thursday, February 17, 2005
TiPs UnTuK WaNita PasaL Teman LeLaKi :)

Bagaimana untuk mengenali teman lelaki anda sama ada dia jujur, bermoral atau benar-benar seorang lelaki yang bertanggungjawab ATAU mungkin dia ada niat tersendiri sekedar untuk menjadikan teman hibur atau berseronok.

Sesungguhnya seorang lelaki yang bermoral, benar-benar ikhlas terhadap teman wanitanya adalah seorang lelaki yang amat jelas budi perkertinya, tahu menjaga adab-sopan, tingkah laku malah tahu membezakan yang haram dan yang halal, malah imej, pendekatan dan cara hidup ada menunjukkan sikap seorang lelaki yang beragama, matang dan bermoral.

Jauh sekali mengamalkan sikap atau cara hidup yang menjurus kepada perbuatan yang tidak 'senonoh' atau melanggar etika hubungan yang bersih sebagai pasangan kekasih. Kerana lelaki yang baik dan mempunyai harga diri, lelaki ini tidak akan mengheret atau melibatkan kekasihnya dalam kancah maksiat atau perilaku yang meruntuhkan akhlak.

Memang tidak dinafikan, janji manis, harapan yang diberi atau susunan kata2nya amat meyakinkan dan seakan menunjukan itulah bukti cinta dan kasih sayang dari seorang lelaki, tetapi harus diingat, kalau dalam masa yang sama dia tidak menghormati teman wanitanya sebagai kekasih, wanita Islam atau gadis Melayu yang bermoral, maka jelaslah segala kebaikannya itu ada niat tertentu (baik ada makna).

Memang tidak dinafikan, perasaan cinta yang bergolora, rindu yang mendalam itu akan membuatkan masing2 hanyut, tetapi tahukah anda, kalau lelaki yang beriman, bermoral dan benar2 mempunyai perasaan cinta yang suci, ia tidak akan melakukan hal2 yang tidak senonoh. Walaupun dianggap sekedar ringan-ringan. Itulah disebut, cinta penuh cabaran dan memerlukan pengorbanan, yang dimaksudkan cabaran adalah godaan hawa nafsu. Yang dimaksudkan cinta memerlukan pengorbanan, bermakna pasangan bercinta terpaksa berkorban perasaan; menanggung rindu dan perasaan cinta yang mendalam sebelum bergelar suami isteri. Bukannya mengorbankan maruah dan keimanan sebelum terikat dalam hubungan yang halal.


Posted at 2/17/2005 10:08:05 am by chakerlatt
Comments (1)  

Wednesday, February 16, 2005
Renungan Terakhir....ce..wah jiwang la pulak...

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah Kita kesali
Atas apa yang terjadi
Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan...
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

Lagu kat atas tu mungkin,mungkin jer la ada terkena atau tertuju kat aku...eh perasaan lak aku ni..Tak taula kalau tempias tu mungkin secara kebetulan koot...but it was long2 time ago...kepada kat luar tu termasuk la aku skali.
ingatlah sehebat mana kita merancang membina impian
hidup dengan insan yang kita cintai...tetapi jodoh pertemuan tu
ALLAH jua yang tentukan...


Posted at 2/16/2005 4:10:49 pm by chakerlatt
Comments (1)  

Monday, February 07, 2005
Bestnyer malam Esok Balik Kampung....

Esok last keje, pastu cuti 1 WEEK eeee tak sabar-sabar rasanye...naper tak nye balik kampung saper tak nak kan...Korang pun mesti jugak cam aku gak kan...Once in a while going home town....so excited lor.

Satu ari kena tunggu lagi rasa2nye tak boleh nak tunggu la...Orang chinese semua dah cuti coz ari raya diorang aku pulak yg sibuk2 apply cuti...tapi tak sanggka cuti aku approved lak...Thanks MY BOSS for giving me leave...Otherwise might be i wont go back just raya cina kat sini jer...tapi ape kena ngan aku pulak bukannye aku yang nak celebrate the chinese new year isn't it...coz i'm a MUSLIM maa.

Kat sini aku nak wish to all my chinese bloggerz with "Gong Xi Fa Chai" enjoy ur self..

Ada lagi sikit jer nak citer...esok aku balik ngan bas.Bas Tambahan pulak tu..Semua tiket abis..Citer pasal bas tambahan ni, susah la sikit coz aku kena berebut2 naik.kalau lambat nanti tak dapat tempat duduk pulak kan naye tu..aku balik ngan "SHE" dia temankan aku balik,aku pulak temankan dia balik...so kira sama-sama meneman la kan...he he he...Ok la jumpa lagi esok pulak bye then...


Posted at 2/7/2005 12:39:13 pm by chakerlatt
Make a comment  

Saturday, February 05, 2005
Dia Jodoh Kamu ke....Pikir-pikirkan...

Nak Tau pasal pasangan anda tu ada ngam tak ngan and..lain perkataan ada jodoh dengan dia ke tak...just read these petanda o.k... Petanda 1


Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Kedua



Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!




Ketiga


Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Keempat

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Kelima


Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Keenam


Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Ketujuh


Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Last Sekali

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Posted at 2/5/2005 10:46:31 am by chakerlatt
Make a comment  

Monday, January 31, 2005
ALUNAN IRAMA SUFI.

SudaHkah kau mendengar
Irama sufi yang mendayu-dayu
Gemersik suara memecah hening
Malam Jumaat dan malam Isnin.
Mampilah ke raudhah kami
Merawat jiwa menghibur hati
Penuh khyusuk kita hayati
Alunan syahdu menusuk kalbu
Hati yang rawan diulit pilu
Jiwa nan tandus dibuai sayu
Ada tangis dalam sendu.
Jiwa nan gundah tunduk pasrah
Gundah hati sirna sudah
Dalam alunan kita bersaksi
Tiada Tuhan selain ALLAH

Posted at 1/31/2005 12:34:28 pm by chakerlatt
Make a comment  

Next Page